Testimonial

Testimoni  PESERTA KURSUS
Dahulu, saya merupakan seorang penjaja di pasar malam dan berniaga air soya secara kecil-kecilan di pasar malam. Setelah mengikuti kursus hasilan soya saya dapat mempelajari teknik-teknik pembuatan soya secara komersil,berkualiti dan sedap. Kemudian, saya mula membekalkan air soya kepada para peniaga pasar malam secara sepenuh masa di sekitar Lembah Kelang.

Alhamdulillah, kini saya dapat memasarkan dan menjual kira-kira 1400 liter air soya sehari kepada para peniaga pasar malam. Kini, saya telah membeli sebuah lori untuk memgembangkan perniagaan saya. Terima kasih banyak kepada tenaga pengajar kursus ini,Hj Mohamed kerana telah membimbing saya. Kursus ini sememangnya amat berbaloi. - Azmi,Cheras Jaya


Saya pernah bekerja sebagai Pengurus di sebuah syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur dengan gaji yang amat lumayan. Akibat tekanan, saya telah berhenti kerja dan mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan. Saya telah mengikuti kursus membuat Minuman Kordial Berperisa,

Tenaga pengajar Citra Aneka Enterprise sendiri iaitu Hj Mohamed telah datang ke tempat saya iaitu di Bukit Mertajam untuk mengaturkan kursus dan membekalkan pakej teknologi iaitu, mesin-mesin kordial, peralatan kilang dan lain-lain. Kini, setelah 3 tahun beroperasi, Alhamdulillah, perniagaan saya bertambah maju dan saya telah menambahkan lagi jenis-jenis Kordial berperisa dan membeli sebuah kilang,lori dan beberapa jenis mesin yang lebih moden. Mustapha, Pulau Pinang

Saya berminat untuk menjalankan perniagaan air soya secara sambilan. Setelah mengikuti kursus hasilan soya, dengan berbekalkan sedikit modal, saya mula menjalankan perniagaan soya dari rumah dan memasarkan air soya secara pukal di kantin-kantin sekolah dan restoran-restoran.Kini,saya dapat menmasarkan 40 liter soya sehari dan dapat menjana pendapatan lumayan setiap bulan. Kini, saya juga bercadang untuk mengembangkan lagi perniagaan saya. Terima Kasih kepada tenaga pengajar.
Zafirah-,Sabah

6 comments:

  1. Saya berminat mengikuti khursus membuat mee kuning dan kuey tiaw sila e-mail saya jadual lengkap.Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Salam Masih lagi aktiif dalam membuat Kursus?

    ReplyDelete
  3. Saya minat kursus buat kicap tapi saya di kota kinabalu sabah please whatsapp 0188215530 untuk info..

    ReplyDelete
  4. Saya minat kursus buat kicap tapi saya di kota kinabalu sabah please whatsapp 0188215530 untuk info..

    ReplyDelete
  5. Sy berminat dengan kursus bebola ikan dan mee kuning.. Boleh kah tuan email detail kepada sy.

    ReplyDelete